Ayam Goreng Bertepung Special


Bahan-bahan :

Ayam (ikut kesukaan)
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
Serbuk lada hitam
Serbuk lada/ Serbuk kari
Sedikit garam
Susu rendah lemak (@ ikut keperluan jumlah ayam)

Kaedah Penyediaan :
1. Sediakan ayam (siang dan potong).
2. Taburkan sedikit serbuk lada hitam, serbuk lada dan garam di atas ayam dan gaul.
3. Rendamkan ayam ke dalam susu dan biarkan.
4. Sementara ayam direndamkan, sediakan tepung. Campurkan kesemua tepung yang digunakan.
5. Taburkan sedikit serbuk lada hitam, serbuk lada dan garam ke dalam tepung dan gaulkan.
6. Gaulkan ayam yang telah direndam di dalam susu ke atas adunan tepung.
7. Sediakan kuali panas dan goreng ayam di dalam minyak panas sehingga masak.

Creamy Banana Ice Cream


(Hidangan untuk 2 cawan ais krim)

 
Bahan-bahan :
6 biji pisang berangan
(atau apa sahaja pisang yang
 sesuai dimakan mentah)

Madu (mengikut keperluan)

Kaedah Penyediaan :
1. Bekukan pisang semalaman.
2. Keluarkan dari peti sejuk beku dan biarkan ia selama 30 minit.
3. Setelah itu, blend pisang sehingga menjadi berkrim seperti ais krim.
* Jika adunan agak cair, sila bekukan selama 30 minit.
4. Masukkan adunan pisang berkrim ke dalam cawan ais krim dan…
5. Letakkan sedikit madu sebagai hiasan.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Ikan Goreng Bertepung Special


Bahan-bahan :

Ikan bersaiz besar (kalau ikan kecil, ambil kesemua ikan, tak perlu potong-potong/ ambil isi sahaja)
Tepung gandum (ikut bilangan ikan)
1 biji telur ayam
Susu rendah lemak (ikut jumlah tepung gandum, jangan terlalu cair)
Sedikit garam
Lada hitam (ikut kesukaan anda)
Serbuk lada/Lada boh/Serbuk kari (ikut kesukaan anda)
1 sudu besar minyak masak

Kaedah Penyediaan :
1. Campur kesemua bahan di atas.
2. Kacau menggunakan pengacau telur agar ia  tidak berketul
3. Ikan besar, ambil isinya sahaja, ikan kecil tidak perlu
4. Rendam ikan ke dalam adunan
5. Goreng ikan dalam minyak yang panas

SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN



Lime Hot Strawberry Tea


(Hidangan untuk 2 cawan teh)

Bahan-bahan :
1 uncang teh strawbery
(Boleh juga gunakan teh rose lychee)
100ml air Sprike berkarbonat
300ml air panas
2 sudu gula perang

Kaedah Penyediaan :
1. Rendamkan uncang teh ke dalam air panas sehingga air bertukar menjadi warna coklat teh.
(* Perhatian : Jangan terlalu pekat kerana ini bukan untuk membuat teh susu.)
2. Masukkan gula perang dan kacau sehingga gula larut.
3. Masukan air Sprike dan kacau.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Ais Krim Mangga


(Hidangan untuk 2 cawan ais krim)

Bahan-bahan :

1 gelas pati mangga (buah mangga dimesin)
½ biji mangga (dipotong dadu)
½ gelas whipped cream
(kalau beli whipping cream, mesinkan ia
sehingga menjadi whipped cream)

2 sudu besar coffee-mate creamer
1 sudu gula halus
Secubit garam

Kaedah Penyediaan :

1. Campurkan pati mangga dan non-dairy whipped cream dan kacau hingga sebati.
(Jika terdapat ketul-ketulan, sila kacau menggunakan pemukul telur)
2. Masukkan coffee-mate creamer dan kacau.
3. Masukkan gula halus dan secubit garam.
4. Masukkan buah mangga yang telah dipotong dadu.
5. Kacau perlahan-lahan dan letakkan di dalam bekas untuk dibekukan.
6. Bekukan adunan selama 5 jam.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Ais Kelapa Berempah

(Hidangan untuk 2 mangkuk)





Bahan – bahan:

Gula melaka/gula kabung
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 gelas air kelapa muda
Isi kelapa muda (mengikut kesukaan)
Buah kabung (mengikut kesukaan)
Cincau (dihiris mengikut jumlah kesukaan)

Kaedah Penyediaan:

1. Masak (cairkan) gula melaka/gula kabung bersama kayu manis dan bunga cengkih.
2. Tuangkan air kelapa muda di dalam bekas.
3. Masukkan gula melaka/gula kabung yang telah dimasak ke dalam bekas air kelapa.
4. Masukkan isi kelapa, buah kabung dan cincau ke dalam bekas dan kacau perlahan-lahan.
5. Masukkan berapa ketul ais.
6. Sedia untuk dihidangkan.